Rabu, Disember 31, 2008

Rumah En Asri

Encik Asri 016-3301964.
Pemasangan tangki akan dilakukan oleh beliau sendiri dalam waktu terdekat ini. Beliau juga terut serta dalam projek Ternakan Ikan Keli secara berkelompok di Taman Rahmat Jaya. Ini membuatkan ternakan ikan ditaman Rahmat Jaya telah telah meningkat sebanyak 3.3 tan keseluruhannya dan secara rambang jika projek ke-4 ini siap.

Kawasan Yang Terbiar .
Kawasan ini akan di pasang dengan 10 buah tanki biru.
apabila siap pemasangan nanti, saya akan siar gambar pada catatan berikutnya.

Selasa, Disember 30, 2008

Rumah En Aman Arsyad

Encik Aman Arshad 012-6432751.
Beliau merupakan pengusaha Kedai Kopi selepas bersara tiga tahun yang lalu,
kini cuba menambah pendapatan dan megisi masa lapang dengan cara menternak ikan keli sebanyak 2400 ekor. Merupakan pengusaha yang ketiga di Taman Rahmat Jaya ini.

Rumah En Zawawi

Encik Zawawi Mohamad 012-3085358.
Ini merupakan projek kedua di kawasan Taman Rahmat Jaya dengan kapasiti ternakan 10,000 ekor benih ikan. Beliau mempunyai minat untuk mencuba ternakan ikan keli ini, dan mencadang Taman Rahmat Jaya dapat menghasilkan 'Satu Taman Satu Ternakan' bagi menyambut seruan kerajaan. Kerja sampingan ini boleh dilakukan dengan mudah dan sesuai bagi penduduk rumah teres yang mempunyai tanah terbiar.

Rumah Pn Norhafizah

Rumah Puan Norhafizah.

10,000 ekor benih ikan keli telah di ternak oleh Puan Norhafizah di tepi rumah, dimana kawasan ini merupakan kawasan terbiar tanpa mendatangkan apa-apa hasil, dengan tekat berbuat sesuatu usaha lebih baik dari duduk diam.


Indah Niaga Resorces

Indah Niaga Resources.
Sebuah syarikat menternak Ikan Keli secara berkelompok di dalam tangki, dan membekal tangki (Poly Tank) di Taman Rahmat Jaya, Kundang, Rawang. Selangor Darul Ehsan.
Ikan yang diternak di dalam tangki ini adalah sentiasa sihat, bersih dan berkualiti dan mutunya tejamin. Ikan yang diternak secara sistematik ini terhindar dari sebarang "Chemical" atau makanan yang meragukan.
makanan yany digunakan terdiri daribijirin yang rumus khas untuk pembesaran ikan keli.
Manakala tanki ikan direka khas untuk menternak ikan hiasan seperti Japanes Kap, Arwana (Kelisa) dan lain-lain lagi.
Banyak terdapat di kedai-kedai menjual ikan hiasa (Aquarium shops).

Sabtu, November 15, 2008

Pengasingan dan Pasaran

Greading.

Hari ini Indah Niaga Resources membuat grading kali kedua buat benih keli yang baru masuk sebanyak sepuluh ribu ekor, yang telah mencapai satu bulan. Memang telah menjadi kebiasaan apabila membuat kerja-kerja pengasingan ikan dilakukan oleh anak-anak dan isteri saya. Kawan-kawan juga terlibat sama membantu, maklumlah seronok kalau dah minat.
Pasaran di kawasan kundang juga memuaskan. Pelanggan baru untuk pemasaran keli setiap hari amat menggalakkan.

Mengenai Saya

Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
LATAR BELAKANG SYARIKAT: NAMA SYARIKAT: INDAH NIAGA RESOURCES ALAMAT BERDAFTAR: No 21, Jalan TRJ 2, Taman Rahmat Jaya, Kundang, 48050, Rawang, Selangor Darul Ehsan. DI TUBUHKAN PADA: 16hb Jun 2008. DI DAFTARKAN PADA: 15hb Oktober 2008. SETIAUSAHA SYARIKAT: Norhafizah Binti Mohammed. TEL NO: 012-6893834 EMAIL: indahniaga@gmail.com Laman Web; http://www.indahniagaresources.blogspot.com

Ikan Keli

Ikan Keli
Ikan Keli